KBSR Dan KSSR |
Saturday, 17 November 2012
Tuesday, 13 November 2012
Thursday, 1 November 2012
Briged Bestari
Briged Bestari 2014
Briged Bestari 2013
Pendahuluan Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu pelajar, guru, pentadbir, pengintergrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau penjaga/komuniti. Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang ICT dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembang dan menggunakan kemahiran mereka. Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan memantapkan penggunaan ICT di sekolah, Briged Bestari juga dapat memberi ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah yang positif. Dengan demikian, menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manfaat daripada penubuhan pasukan melalui aktiviti sokongan, latihan dan penyelenggaraan komputer. Rasional Memandangkan wujudnya keperluan semasa untuk memantapkan pengurusan Pembestarian Sekolah, Briged Bestari perlu ditubuhkan sebagai agen pemangkin. Komitmen pelajar bukan hanya terbatas kepada panggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum. Matlamat Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai program ICT berjalan lancar. Program ICT semakin bertambah di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan Objektif Antara objektif penubuhan Briged Bestari: - Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan aplikasi di sekolah - Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah - Melatih sekumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam bidang ICT. - Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan Komunikasi ICT di kalangan pelajar untuk kegunaan positif - Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya menyebarkan ilmu kepakaran Mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan lain di sekolah. Fungsi Antara fungsi penting Briged Bestari: - Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi di sekolah. - Membantu proses pengisian data dalam beberapa aplikasi di sekolah. - Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknikal semasa proses pengajaran dan pembelajaran. - Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan perkakasan dan perisian. - Membantu kerja-kerja penyenggaraan perkakasan ICT (Preventive Maintenance). - Membantu menyebarkan maklumat terkini berkaitan Program Pembestarian Sekolah. - Membantu memastikan program ICT di sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran -Malaysia berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan. Aplikasi Yang Perlu Dikuasai Ahli-Ahli Briged Bestari. Pelajar Briged Bestari perlu menguasai aplikasi berikut ; - Emel - Internet - CD TLM(Stand-Alone) - Kolaborasi – Think.com, Project-Based Learning (PBL) - Pemprosesan perkataan (MS Word) - Hamparan Elektonik (MS Excel) - Aplikasi Persembahan (Power Point/Flash) - Aplikasi Multimedia (Movie Maker/Video Cutter) - Aplikasi Grafik (Adobe Photoshop)
Sekolah Bestari
Konsep Dan Matlamat
Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar – dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara.
Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.
Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat utnuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.
Pengubahsusian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. Di samping itu, ibubapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang aktif utnuk merealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari.” Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ‘ flagship application ‘ dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia”
( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).
Pada tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian Smart School. A Conceptual Blueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas Bersama Industri Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat deskriptif daripada preskriptif.
Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart School Implementation Plan yang menyediakan pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menjadi Sekolah Bestari.Selain itu ,projek Sekolah Bestari menghasilkan
lima ‘Concept Requests For Proposals’ penyelesaian dalam bidang berikut:
- Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
- Sistem Penilaian
- Sistem Pengurusan Sekolah
- Infrstruktur Teknologi
- Integrasi Sistem
- Membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang;
- Menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang betul;
- Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang dikehendaki bagi tahap keupayaan yang berbeza; menawarkan pembelajaran multi disiplinari,bertema dan berterusan:
- Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat:
- Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat.
- Menggunakan pelbagai strategi pembelajarn yang sesuai bagi memastikan penguasaan ketrampilan asas dan meningkatkan perkembangan holistik;
- Mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran individu bagi meningkatkan prestasi;
- Mewujudkan suasana bilik darjah yang bersesuaian dengan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.
Makmal LMS
Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS).
Pihak MAMPU telah menjalankan Post Implementation Review (PIR) pada tahun 2007. Berdasarkan hasil dapatan dari PIR tersebut, MAMPU telah mencadangkan penambahbaikan ke atas sistem yang telah dirintiskan. Rentetan itu, pada tahun 2009, satu tender untuk menambahbaik LMS dan memperluaskan ke 50 buah sekolah telah dikeluarkan.
Objektif Menyediakan kemudahan e-learning kepada sekolah.Memudahkan capaian dan penggunaan bahan-bahan P&P KPM kepada sekolah.Menyokong hasrat kerajaan memperluaskan penggunaan Open Source Software(OSS) di kalangan agensi Kerajaan.
Skop Projek
- 50 sekolah (rendah & menengah);
- Penambahbaikan LMS sedia ada;
- Pembekalan dan pemasangan LMS ;
- Pembekalan dan pemasangan 20 PC, 1 server, 1 pencetak, dan 1 scanner;
- Pembekalan dan pemasangan Content Server di Pusat Data KPM;
- Pemindahan teknologi dan latihan;
- Perkhidmatan Meja Bantuan LMS;
- Waranti dan penyenggaraan.
Tempoh pelaksanaan projek ini (25 Mac 2009-24 Mac 2013):
- Dua (2) tahun pelaksanaan
- Dua (2) tahun penyenggaraan
Catatan:Terdapat berbagai sumber pembelajaran yang terdapat di dalam LMS. Ia meliputi kandungan kurikulum dari tahap prasekolah sehinggalah ke sekolah menengah. Topik-topik pembelajaran disampaikan atau dicapai melalui akses terus ke internet. Cara ini agak berbeza sebelum ini dimana guru perlu menggunakan CD Coursware yang dibekalkan ke setiap sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran melalui LMS masih masih lagi memberi penekanan terhadap pendekatan penggunaan multimedia, dimana ia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Salah satu unsur yang penting di dalam P&P bersumberkan LMS ialah capaian internet.
Bilik Akses
Pengenalan
Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri. Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuksokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat. Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.
Matlamat
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah: Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Seolah Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan Membuat perancangan kewangan berikut untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi memasukkan dalam AnggaranBelanja Mengurus (ABM) Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Pusat Akses Sekolah dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.
i) Menggubal dan melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.
ii) Memastikan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti berjalan dengan lancar.
iii) Memantau pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah dari semasa ke semasa.
b) Pengerusi i) Merangka dan merancang pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah sepanjang tahun.
ii) Memastikan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah dipatuhi.
iii) Memastikan pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
iv) Memantau penggunaan dan keberkesanan Pusat Akses Sekolah.
v) Merancang atau mewujudkan Jawatankuasa Kerja, jika perlu, bagi tujuan melaksanakan program /aktiviti yang dirancangkan.
c) Setiausaha Melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.
Mengurus setiakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah secara berkala.
Menyediakan keperluan peruntukan kewangan.
Menguruskan inventori dan pendaftaran harta modal Pusat Akses Sekolah dan menyerahkan kepada Unit ICT PPD/PPG (Pejabat Pelajaran Gabungan) dan sesalinan kepada Unit Maklumat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk tujuan penyenggaraan.
Merekod dan melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada:
• Syarikat pembekal peralatan (dalam tempoh jaminan)
• Jabatan Pelajaran Negeri (selepas tempoh jaminan)
• Meja Bantuan GITN (1-300-88- 2888) bagi semua masalah berkaitan talian SchoolNet
Menentukan waktu penggunaan Pusat Akses Sekolah.
Memastikan Pusat Akses Sekolah digunakan dengan berkesan. Mendapatkan khidmat bantu penggunaan daripada Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau Pusat Kegiatan Guru (PKG). Memastikan keselamatan fizikal, sistem dan peralatan dan melatih Pengawas Pusat Sumber Sekolah/Pengawas Pusat Akses/ Briged ICT, jika ada. d) Penolong Setiausaha i) Menyediakan jadual bertugas untuk mengawasi penggunaan Pusat Akses Sekolah.
ii) Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Akses Sekolah
iii) Memastikan penggunaan Pusat Akses Sekolah direkodkan. Buku log penggunaan dan pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah perlu disediakan. Contoh maklumat bagi buku log penggunaan adalah seperti di Lampiran 2.
iv) Memastikan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
v) Memantau keberkesanan aktiviti Pusat Akses Sekolah.
vi) Menyediakan laporan penggunaan secara berkala. vii) Melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada Setiausaha untuk tindakan selanjutnya.
e) Ahli Jawatankuasa
i) Melaksanakan program/aktiviti yang telah dirancangkan.
ii) Memastikan semua peraturan penggunaan dipatuhi.
iii) Memastikan peralatan dan rangkaian sentiasa berada dalam keadaan baik.
iv) Menyediakan maklumat laman web atau portal pendidikan (URL) untuk rujukan.
v) Kawal selia penggunaan dan keceriaan Pusat Akses Sekolah.
vi) Membimbing dan melatih pengguna Pusat Akses Sekolah.
f) Pengawas Pusat Sumber Sekolah/ Pengawas Pusat Akses/Briged ICT Memainkan peranan membantu Jawatakuasa menguruskan Pusat Akses Sekolah. Susun Atur dan Peralatan Ditempatkan di satu lokasi sahaja dan bersesuaian dengan ruang yang terdapat di sekolah. Keluasan minima bagi pusat akses adalah 22.5 m2 (satu bay). Sila rujuk cadangan susun atur seperti di Lampiran 1. Sekolah akan menerima 10 buah komputer, satu switch 24 port, satu pencetak, dan perabot. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat dan dihubungkan dengan talian SchoolNet. Perisian yang dibekalkan bersama dalam setiap komputer ini termasuk Sistem Pengoperasian Windows, Microsoft Office dan anti-virus. Switch hub dan router SchoolNet hendaklah sentiada dalam keadaan baik bagi memastikan capaian Internet tidak terganggu. Waktu Operasi Pusat Akses Sekolah beroperasi pada masa seperti berikut: • semasa waktu persekolahan
• selepas waktu persekolahan
Digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.
Pengguna
Keutamaan penggunaan diberikan kepada murid.
Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan juga boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah. Cadangan Aktiviti
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk: Mencari maklumat daripada Internet untuk pembelajaran. Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning). Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran. Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel. Berkolaborasi dengan murid lain. Keselamatan
Pihak sekolah perlu mengambil berat aspekaspek keselamatan seperti kemudahan infrastruktur, kemudahan fizikal, perkakasan, rangkaian, perisian dan aplikasi.
Keselamatan Bekalan Elektrik Bekalan elektrik hendaklah 3 fasa dan boleh menampung penggunaan perkakasan.
Keupayaan minima bekalan elektrik dari generator mestilah 30 kvA.
Kedudukan pendawaian dan punca kuasa elektrik mesti memenuhi piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR).
Keselamatan Fizikal dan Perkakasan
Saiz ruang yang sesuai (22.5 m2) dan ke atas
Lokasi yang strategik dan selamat
Alat keselamatan yang perlu diberi perhatian:
a. Sistem penggera
b. Jeriji besi
c. Alat pemadam api
d. Sistem peredaran udara
e. Perangkap kilat
Peraturan dan garis panduan penggunaan mestilah disediakan dan dipaparkan di dalam Pusat Akses.
Pengawasan dan laporan keselamatan perlu dilakukan secara berkala.
Kawal selia kemudahan fizikal dan perkakasan secara berkala.
Buku log untuk merekod pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah.
Buku log untuk penggunaan Pusat Akses Sekolah. Contoh maklumat adalah seperti di Lampiran 2.
Setiap kunci, peralatan, network point dan kabel mesti dilabelkan.
Keselamatan Sistem Rangkaian
Susun atur mengikut spesifikasi dan piawaian pengkabelan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Semua komputer mesti dirangkaikan dan boleh mengakses Internet.
Aras kebenaran pengguna (Access Right) mesti dihadkan untuk mengelakkan daripada membuat pengubahsuaian konfigurasi komputer.
Keselamatan Perisian dan Aplikasi
Patches untuk sistem pengoperasian yang terkini.
Perisian anti-virus yang terkini.
Menggunakan perisian yang berlesen.
Manual instalasi mudah diperolehi.
Keselamatan Mengakses Internet
Mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan (boleh dimuat turun daripada http://www.mampu.gov.my /mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm)
Keselamatan Penyimpanan Bahan
Pengguna TIDAK DIBENARKAN menyimpan bahan di cakera keras komputer di Pusat Akses Sekolah.
Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin pengoperasian komputer sentiasa ditahap optimum dan stabil.
Cadangan Peraturan
Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.
Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah:
i) Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.
ii) Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.
iii) Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses Sekolah.
iv) Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.
v) Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.
vi) Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.
vii) Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log.
- Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
- Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
- Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
- Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
- Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
- Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran
Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah: Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Seolah Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan Membuat perancangan kewangan berikut untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi memasukkan dalam AnggaranBelanja Mengurus (ABM) Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Pusat Akses Sekolah dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.
- Kos bahan habis guna
- Kos penyenggaraan peralatan
- Kos bekalan elektrik
- Kos penggantian alat
i) Menggubal dan melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.
ii) Memastikan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti berjalan dengan lancar.
iii) Memantau pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah dari semasa ke semasa.
b) Pengerusi i) Merangka dan merancang pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah sepanjang tahun.
ii) Memastikan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah dipatuhi.
iii) Memastikan pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
iv) Memantau penggunaan dan keberkesanan Pusat Akses Sekolah.
v) Merancang atau mewujudkan Jawatankuasa Kerja, jika perlu, bagi tujuan melaksanakan program /aktiviti yang dirancangkan.
c) Setiausaha Melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.
Mengurus setiakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah secara berkala.
Menyediakan keperluan peruntukan kewangan.
Menguruskan inventori dan pendaftaran harta modal Pusat Akses Sekolah dan menyerahkan kepada Unit ICT PPD/PPG (Pejabat Pelajaran Gabungan) dan sesalinan kepada Unit Maklumat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk tujuan penyenggaraan.
Merekod dan melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada:
• Syarikat pembekal peralatan (dalam tempoh jaminan)
• Jabatan Pelajaran Negeri (selepas tempoh jaminan)
• Meja Bantuan GITN (1-300-88- 2888) bagi semua masalah berkaitan talian SchoolNet
Menentukan waktu penggunaan Pusat Akses Sekolah.
Memastikan Pusat Akses Sekolah digunakan dengan berkesan. Mendapatkan khidmat bantu penggunaan daripada Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau Pusat Kegiatan Guru (PKG). Memastikan keselamatan fizikal, sistem dan peralatan dan melatih Pengawas Pusat Sumber Sekolah/Pengawas Pusat Akses/ Briged ICT, jika ada. d) Penolong Setiausaha i) Menyediakan jadual bertugas untuk mengawasi penggunaan Pusat Akses Sekolah.
ii) Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Akses Sekolah
iii) Memastikan penggunaan Pusat Akses Sekolah direkodkan. Buku log penggunaan dan pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah perlu disediakan. Contoh maklumat bagi buku log penggunaan adalah seperti di Lampiran 2.
iv) Memastikan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
v) Memantau keberkesanan aktiviti Pusat Akses Sekolah.
vi) Menyediakan laporan penggunaan secara berkala. vii) Melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada Setiausaha untuk tindakan selanjutnya.
e) Ahli Jawatankuasa
i) Melaksanakan program/aktiviti yang telah dirancangkan.
ii) Memastikan semua peraturan penggunaan dipatuhi.
iii) Memastikan peralatan dan rangkaian sentiasa berada dalam keadaan baik.
iv) Menyediakan maklumat laman web atau portal pendidikan (URL) untuk rujukan.
v) Kawal selia penggunaan dan keceriaan Pusat Akses Sekolah.
vi) Membimbing dan melatih pengguna Pusat Akses Sekolah.
f) Pengawas Pusat Sumber Sekolah/ Pengawas Pusat Akses/Briged ICT Memainkan peranan membantu Jawatakuasa menguruskan Pusat Akses Sekolah. Susun Atur dan Peralatan Ditempatkan di satu lokasi sahaja dan bersesuaian dengan ruang yang terdapat di sekolah. Keluasan minima bagi pusat akses adalah 22.5 m2 (satu bay). Sila rujuk cadangan susun atur seperti di Lampiran 1. Sekolah akan menerima 10 buah komputer, satu switch 24 port, satu pencetak, dan perabot. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat dan dihubungkan dengan talian SchoolNet. Perisian yang dibekalkan bersama dalam setiap komputer ini termasuk Sistem Pengoperasian Windows, Microsoft Office dan anti-virus. Switch hub dan router SchoolNet hendaklah sentiada dalam keadaan baik bagi memastikan capaian Internet tidak terganggu. Waktu Operasi Pusat Akses Sekolah beroperasi pada masa seperti berikut: • semasa waktu persekolahan
• selepas waktu persekolahan
Digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.
Pengguna
Keutamaan penggunaan diberikan kepada murid.
Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan juga boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah. Cadangan Aktiviti
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk: Mencari maklumat daripada Internet untuk pembelajaran. Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning). Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran. Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel. Berkolaborasi dengan murid lain. Keselamatan
Pihak sekolah perlu mengambil berat aspekaspek keselamatan seperti kemudahan infrastruktur, kemudahan fizikal, perkakasan, rangkaian, perisian dan aplikasi.
Keselamatan Bekalan Elektrik Bekalan elektrik hendaklah 3 fasa dan boleh menampung penggunaan perkakasan.
Keupayaan minima bekalan elektrik dari generator mestilah 30 kvA.
Kedudukan pendawaian dan punca kuasa elektrik mesti memenuhi piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR).
Keselamatan Fizikal dan Perkakasan
Saiz ruang yang sesuai (22.5 m2) dan ke atas
Lokasi yang strategik dan selamat
Alat keselamatan yang perlu diberi perhatian:
a. Sistem penggera
b. Jeriji besi
c. Alat pemadam api
d. Sistem peredaran udara
e. Perangkap kilat
Peraturan dan garis panduan penggunaan mestilah disediakan dan dipaparkan di dalam Pusat Akses.
Pengawasan dan laporan keselamatan perlu dilakukan secara berkala.
Kawal selia kemudahan fizikal dan perkakasan secara berkala.
Buku log untuk merekod pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah.
Buku log untuk penggunaan Pusat Akses Sekolah. Contoh maklumat adalah seperti di Lampiran 2.
Setiap kunci, peralatan, network point dan kabel mesti dilabelkan.
Keselamatan Sistem Rangkaian
Susun atur mengikut spesifikasi dan piawaian pengkabelan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Semua komputer mesti dirangkaikan dan boleh mengakses Internet.
Aras kebenaran pengguna (Access Right) mesti dihadkan untuk mengelakkan daripada membuat pengubahsuaian konfigurasi komputer.
Keselamatan Perisian dan Aplikasi
Patches untuk sistem pengoperasian yang terkini.
Perisian anti-virus yang terkini.
Menggunakan perisian yang berlesen.
Manual instalasi mudah diperolehi.
Keselamatan Mengakses Internet
Mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan (boleh dimuat turun daripada http://www.mampu.gov.my /mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm)
Keselamatan Penyimpanan Bahan
Pengguna TIDAK DIBENARKAN menyimpan bahan di cakera keras komputer di Pusat Akses Sekolah.
Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin pengoperasian komputer sentiasa ditahap optimum dan stabil.
Cadangan Peraturan
Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.
Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah:
i) Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.
ii) Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.
iii) Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses Sekolah.
iv) Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.
v) Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.
vi) Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.
vii) Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log.
Makmal Komputer
LATAR BELAKANG
MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH
Subscribe to:
Posts (Atom)