Thursday 1 November 2012

Briged Bestari

Briged Bestari 2014

Briged Bestari 2013

Pendahuluan
 
Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu pelajar, guru, pentadbir, pengintergrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau penjaga/komuniti. Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang ICT dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang  untuk mengembang dan menggunakan kemahiran mereka.
 
Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan memantapkan penggunaan ICT di sekolah, Briged Bestari juga dapat memberi ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah yang positif. Dengan demikian, menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manfaat daripada penubuhan pasukan melalui aktiviti sokongan, latihan dan penyelenggaraan komputer.
 
 
Rasional
Memandangkan wujudnya keperluan semasa untuk memantapkan pengurusan Pembestarian Sekolah, Briged Bestari perlu ditubuhkan sebagai agen pemangkin. Komitmen pelajar bukan hanya terbatas kepada panggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum.
 
Matlamat
Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai program ICT berjalan lancar. Program ICT semakin bertambah di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan
 
Objektif
 
Antara objektif penubuhan Briged Bestari:
- Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan aplikasi di sekolah
- Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah
- Melatih sekumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam bidang ICT.
- Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan Komunikasi ICT di kalangan pelajar untuk kegunaan positif
- Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya menyebarkan ilmu kepakaran Mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan lain di sekolah.
 
Fungsi
 
Antara fungsi penting Briged Bestari:
- Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi di sekolah.
- Membantu proses pengisian data dalam beberapa aplikasi di sekolah.
- Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknikal semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
- Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan perkakasan dan perisian.
- Membantu kerja-kerja penyenggaraan perkakasan ICT (Preventive Maintenance).
- Membantu menyebarkan maklumat terkini berkaitan Program Pembestarian Sekolah.
- Membantu memastikan program ICT di sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran -Malaysia berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan.
 
 
Aplikasi Yang Perlu Dikuasai Ahli-Ahli Briged Bestari.
Pelajar Briged Bestari perlu menguasai aplikasi berikut ;
- Emel
- Internet
- CD TLM(Stand-Alone)
- Kolaborasi – Think.com, Project-Based Learning (PBL)
- Pemprosesan perkataan (MS Word)
- Hamparan Elektonik (MS Excel)
- Aplikasi Persembahan (Power Point/Flash)
- Aplikasi Multimedia (Movie Maker/Video Cutter)
- Aplikasi Grafik (Adobe Photoshop)

0 comments:

Post a Comment