Aluan Guru Besar



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izinnya lahirnya laman web SK LKTP Chalok Barat ini. Semoga laman web ini akan menjadi wadah penghubung antara sekolah dan masyarakat luar khususnya para ibu bapa bagi mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan.

Mendidik merupakan tugas mulia jika dilaksanakan dengan penuh keinsafan dan rasa tanggungjawab. Tugas ini harus dipikul bersama oleh semua guru, ibu bapa masyarakat. Harapan saya seluruh warga SKCB dapat berganding bahu bergerak seiringan, mengatur langkah sederap seirama agar visi dan misi JPNT dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhir kata tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa laman web SKCB.

Selamat Maju Jaya.

Sekian, Wassalamalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Salam hormat dari saya,

Ahmad Wizam B A.Rahman
Guru Besar,
Sek. Keb. LKTP Chalok Barat

0 comments:

Post a Comment