Saturday 13 October 2012

Staf Akademik















Staf Sokongan







Jawatankuasa PIBG

Jawantankuasa PIBG

Kalendar Persekolahan





Visi Dan Misi




MISI SEKOLAH

" Bahawa sesungguhnya misi Sekolah Kebangsaan LKTP Chalok Barat ialah untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan pengajaran semua program dan aktiviti pendidikan yang dirancang oleh pihak berkenaan bagi melahirkan insan yang sihat, berilmu, berpengetahuan, berketrampilan, beriman, berakhlak mulia dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. "



VISI SEKOLAH

" Bahawa sesungguhnya wawasan Sekolah Kebangsaan LKTP Chalok Barat ialah untuk menuju kearah kesempurnaan penguasaan 3M dan seterusnya mengembangkan pengetahuan yang seimbang serta memberi pendidikan yang menyeluruh lagi berkesan melalui Falsafah Pendidikan Negara "



Piagam Pelanggan



PIAGAM PELANGGAN
SK. LKTP CHALOK BARAT


- Mengadakan perhubungan yang baik dengan ibu bapa murid dan PIBG.
- Melahirkan murid yang menguasai 3M, berilmu, beriman dan berakhlak mulia.
- Mengadakan kelas tambahan dan intensif bagi murid-murid menghadapi UPSR.
- Mengadakan program pemulihan kepada murid-murid yang lemah dan pelajaran.
- Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada muri-murid yang bermasalah.
- Berusaha memberi pendidikan berkualiti kepada semua murid dengan adil dan saksama.
- Meningkatkan pemuafakatan dan penglibatan masyarakat dalam urusan pendidikan.
- Bertanggungjawab menjaga keselamatan, kesihatan, dan kebersihan murid di sekolah.
- Mengadakan aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan permainan, unit beruniform, kelab dan persatuan.
- Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan-peralatan, bahan-bahan sokongan dan pembelajaran yang mencukupi.





Sejarah Sekolah



LOKASI SEKOLAH

Sekolah kebangsaan LKTP Chalok Barat terletak di Mukim Caluk di Daerah Setiu. Terletak di Kawasan yang dibuka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. Lokasi 3.4 Kilometer dari KM 48 jalanraya utama Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Jarak dari Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu ( JPNT ) ialah 60 Kilometer. Jarak dari Pejabat Pelajaran Daerah Setiu ( PPDS ) ialah 17 kilometer.

Keluasan kawasan ialah 2.885 hektar. Dihubungi dengan jalanraya bertar. Dikelilingi oleh perkampungan penduduk FELDA Chalok Barat. Mendapat bekalan elektrik pada awalnya dengan generator khas dari 7ptg hingga 7pg dan bekalan air yang mencukupi. kini bekalan elektrik, air, kemudahan telefon awam telah disediakan.


NAMA SEKOLAH ( ASAL USUL )

Sekolah Mendapat nama bersempena dengan nama tanah rancangan ini yang dibuka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ). Perkampungan ini terletak di bahagian Barat Mukim Caluk.

Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1971. Manakala sesi persekolahan bermula pada tahun 1972. Pelajar pertama yang mendaftarkan diri ialah Nor Nana @ Rohana Binti Salleh, No.Surat Beranak : 193894. Bermula dengan sebuah bangunan dan tenaga pelajar seramai 5 orang termasuk Guru Besar.

Manakala pelajarnya seramai 65 orang. Sekolah ini beroperasi dengan jayanya dan merupakan salah sebuah sekolah berprestasi dengan jayanya dan merupakan salah sebuah sekolah berprestasi tinggi di Daerah Setiu.


TARIKH DIBUKA DAN PERASMIAN

Sekolah ini Menerima pendaftaran murid pada 13 Januari 1972. Kemudian sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari semasa ke semasa seiring dengan pertambahan penduduk Felda Chalok Barat.

Sekolah ini dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Amar Di Amar Di Raja, Menteri Besar Terengganu ketika itu pada 7 Oktober 1987 bersamaan 14 Safar 1408 hijrah.





Senarai Nama Guru Besar


BIL
GURU BESAR
TAHUN BERKHIDMAT
1
ENCIK ABDULLAH BIN ABU BAKAR

1973 - 1980
2
ENCIK ABD. RAHMAN BIN ABDULLAH
1981 - 1987
3
ENCIK ALIAS BIN ZAINAL
1987 – 1990
4
ENCIK MOHAMAD  BIN YUSOF
1990 – 1992
5
ENCIK WAN ZAINUDDIN BIN WAN AHMAD
1992 – JUN 2002
6
ENCIK IBRAHIM BIN MOHAMAD
OKTOBER 2002 – 2006
7
ENCIK MOHD ABD. GHANI BIN AWANG

JULAI 2006 – JUN 2011
8
ENCIK IBRAHIM BIN AWANG

01 JUN 2011 – 16 SEPTEMBER 2011
9
RAHIM BIN YUSOF

01.09.2011 – 31.12.2012
10
FADILATON BT MD TOP

01.01.2013 - DISEMBER 2019
11
AHMAD WIZAM B A. RAHMAN

DISEMBER 2019 - SEKARNG




Logo Dan Bendera Sekolah



BENDERA SEKOLAH


Warna Hijau : 
- Melambangkan warna ketenangan, keislaman dan keluhuran.
- Melambangkan sekolah ini bakal melahirkan murid-murid yang berjaya akedemik dan mempunyai sahsiah yang mulia serta beriman.

Warna Merah Jambu: 
- Warna yang paling banyak terdapat pada bendera.
- Warna ini mewakili murid-murid yang berjiwa murni dan bebas dari pengaruh negatif.
- Murid yang mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai akhlak yang mulia seiring dengan kejayaan akademik.

Warna Kuning:
- Warna yang melambangkan murid-murid yang patuh kepada peraturan luar sekolah khususnya perkara-perkara yang melambangkan kecintaan kepada agama, bangsa dan Negara.

Warna Biru:
- Warna pada tulisan SKCB yang terdapat di tengah bendera melambangkan warna keharmonian dan semangat nasionalisme mewakili keseluruhan hasrat sekolah ke atas murid-murid dan guru-guru di dalam menjayakan wawasan Negara.

Lencana Sekolah:
- Lencana yang terletak di tengah di tengah bendera mewakili keseluruhan murid-murid. Sekolah berhasrat melahirkan insan yang seimbang rohani, jasmani dan sahsiah.

Bentuk Segi Tiga:
- Bentuk segi tiga atau bentuk geometri yang terdapat di atas dan bawah bendera memberi maksud kejayaan dalam bidang sukan dan ko-kurikulum yang lain yang dapat membantu murid-murid berjaya dalam semua bidang.



LENCANA SEKOLAH


Warna Merah: 
- Melambangkan keberanian, mewakili murid-murid yang bakal dilahirkan bersifat berani menghadapi cabaran dan bersaing dengan dunia luar.

Warna Hijau: 
- Melambangkan Keislaman, kemurnian mewakili murid-murid yang mempunyai ilmu yang menjadi tonggak modal insan yang cemerlang yang belandaskan kepada peganggan agama islam.

Warna Putih: 
- Melambangkan warga sekolah mempunyai jiwa murni, bersih, suci dan murid-murid yang berakhlak mulia.

Bentuk Obor: 
- Melambangkan cahaya.
- Ilmu menjadi cahaya dalam kehidupan.
- Kejayaan kurikulum dan ko-kurikulum menjadi teras kejayaan sekolah dan individu.

Tiga Bulatan: 
- Kejayaan dalam bidang sukan.

Bentuk Buku: 
- Bentuk yang terletak di tengah lencana melambangkan inti ilmu yang bakal murid-murid perolehi di sekolah ini.





Lagu Sekolah



LAGU SEKOLAH


Nama lagu: ANAK-ANAK DESA.
Pencipta Lagu: Allahyarham Cikgu Tajul Azman Bin Arifin pada tahun 1996.

Kami anak-anak desa,
Berjiwa kesatria,
Berikrar akan berjasa,
Demi agama nusa dan Bangsa.

Kami menuntut ilmu,
Tanpa mengenal jemu,
Menjadi panduan diri,
Agar dapat kami hormati.

Di Chalok Barat ini,
Terdiri sekolah kami,
Disini semua bermula,
Sehingga kami dewasa.

Kami belajar disini, 
Berjanji akan berbudi,
Guru dan ibu bapa kami,
Sentiasa kami hormati,

Guru dan Ibu Bapa Kami,
Sentiasa kami hormati.

Jawatankuasa Kokurikulum

JAWATANKUASA KOKURIKULUM 2013

Penasihat:
Pn. Fadilaton bt Md Top
(Guru Besar)
Pengerusi:
En. Ahmad b Abdullah
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha:
En. Harun b Ismail

Penyelaras:
En. Mohd Sufian b Awang
(Unit Beruniform)

Pn. Azizah bt Mat Ali
(Kelab dan Persatuan)

En. Harun b Ismail
(Sukan dan Permainan/SU Sukan)

Unit Beruniform

UNIT BERUNIFORM

Pengakap Kanak-kanak
Guru Pemimpin
En. Hussain b Saamah (K)
En. Mohd Sulaidi b Ahmad
En. Mohd Yusri b Mat Min
En. Harun b Ismail
En. Rusneyrizzal b Rusli
En. Mohd Hanafiah b Jayapal


Tunas Kadet Remaja
Guru Pemimpin
En. Mohd Sufian b Awang (K)
En. Maliki Haris b Jaafar
En. Zamani b Jusoh
En. Che Mohd Fadzzill b Che Rahim
Pn. Mazlinda bt Mustapa
Pn. Suhaini bt Omar
Pn. Maskah bt Awang
Pn. Fazlina bt Ali
Pn. Hjh. Rosmawati bt Abdullah
Cik Ummu Fatihah bt Mat Resat


Puteri Islam
Guru Pemimpin
Pn. Hamidah bt Petrus (K)
Pn. Khairani bt Ghazali
Pn. Hasnah bt Mat Ali
Pn. Noorizan bt Mohamad
Pn. Azizah bt Mat Ali
Cik Raznah bt Azizan
Pn Zunawati bt Sairi
Pn. Hjh. Norizam bt Hj. Ibrahim
Pn. Nik Ruzaiah bt Nik Abullah
Pn. Salimah bt Ismail
Pn. Kasmawati bt Mohamad

Kelab Dan Persatuan

KELAB DAN PERSATUAN

Persatuan Bahasa Melayu
Guru Pembimbing
Pn. Mazlinda bt Mustapa (K)
En. Zamani b Jusoh
En. Harun b Ismail
Pn. Nik Ruzaiah bt Nik Abdullah
Pn. Hjh. Norizam bt Hj. Ibrahim

Persatuan Bahasa Inggeris
Guru Pembimbing
Cik Ummu Fatihah bt Mat Resat (K)
En. Mohd Yusri b Mat Min
Cik Raznah bt Azizan
En. Mohd Hanafiah b Jayapal

Persatuan Agama Islam dan Jawi
Guru Pembimbing
En. Che Mohd Faddzill b Che Rahim (K)
Pn. Noorizan bt Mohamad
Pn. Azizah bt Mat Ali
Pn. Hasnah bt Mat Ali
En. Mohd Sufian b Awang
Pn. Khairani bt Ghazali

Persatuan Sains Matematik
Guru Pembimbing
Pn. Suhaini bt Omar (K)
En. Hussain b Saamah
En. Maliki Haris b Jaafar

Kelab Komputer
Guru Pembimbing
En. Rusneyrizzal b Rusli (K)
Pn. Hjh. Rosmawati bt Abdullah
Pembantu
En. Mohd Nor Hakimi b Asli
Cik Samiha bt Main

Kelab Rukun Negara
Guru Pembimbing
Pn. Maskah bt Awang (K)
Pn. Hamidah bt Petrus

Pn. Fazlina bt Ali

Kelab Pencegahan jenayah
Guru Pembimbing
Pn. Salimah bt Ismail (K)
Pn. Kasmawati bt Mohamad

Sukan Dan Permainan

SUKAN DAN PERMAINAN

Badminton
Guru Pembimbing
En. Harun b Ismail (K)
En. Maliki Haris b Jaafar
Pn. Suhaini bt Omar
Pn. Fazlina bt Ali

Olahraga
Guru Pembimbing
En. Rusneyrizzal b Rusli (K)
En. Zamani b Jusoh
Pn. Hjh. Rosmawati bt Abdullah
Pn. Hamidah bt Petrus
Pn. Khairani bt Ghazali

Bolasepak
Guru Pembimbing
En. Mohd Sulaidi b Ahmad (K)
En. Che Mohd Fadzzill b Che Rahim
En. Mohd Hanafiah b Jayapal

Bola Jaring
Guru Pembimbing
Cik Raznah bt Azizan (K)
Pn. Nik Ruzaiah bt Nik Abullah
Pn. Noorizan bt Mohamad
Cik Ummu Fatihah Bt Mat Resat

Bola Baling
Guru Pembimbing
En. Rusneyrizzal b Rusli (K)
 Pn. Azizah bt Mat Ali
Pn. Kasmawati bt Mohamad
Pn. Mazlinda bt Mustapa

Merentas Desa
Guru Pembimbing
Cik Raznah bt Azizan (K)
 En. Mohd Yusri b Mat Min
Pn. Hasnah bt Mat Ali
En. Hussain b Saamah
En. Maliki Haris b Jaafar

Sepak Takraw
Guru Pembimbing
En. Zamani b Jusoh (K)
 En. Mohd Yusri b Mat Min

Ping Pong
Guru Pembimbing
En. Mohd Sufian b Awang (K)
En. Hussain b Saamah
Cik Ummu Fatihah bt Mat Resat
Pn. Salimah bt Ismail
En. Mohd Nor Hakimi b Asli

Permainan Catur
Guru Pembimbing
Pn. Mazlinda bt Mustapa (K)
En. Mohd Nor Hakimi b Asli
Pn. Hjh. Norizam bt Hj. Ibrahim