Saturday 17 November 2012

KBSR Dan KSSR



KBSR Dan KSSR











KURIKULUM



KURIKULUM



PAUTAN GURU KHAS

PAUTAN GURU KHAS

HAL EHWAL MURID



HAL EHWAL MURID











GALERI

GALERI

KOKURIKULUM




KOKURIKULUM










Agama Dan Al-Quran




Agama Dan Al-Quran




KOLEKSI SOALAN UPSR

KOLEKSI SOALAN UPSR

Thursday 1 November 2012

Briged Bestari

Briged Bestari 2014

Briged Bestari 2013

Pendahuluan
 
Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu pelajar, guru, pentadbir, pengintergrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau penjaga/komuniti. Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang ICT dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang  untuk mengembang dan menggunakan kemahiran mereka.
 
Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan memantapkan penggunaan ICT di sekolah, Briged Bestari juga dapat memberi ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah yang positif. Dengan demikian, menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manfaat daripada penubuhan pasukan melalui aktiviti sokongan, latihan dan penyelenggaraan komputer.
 
 
Rasional
Memandangkan wujudnya keperluan semasa untuk memantapkan pengurusan Pembestarian Sekolah, Briged Bestari perlu ditubuhkan sebagai agen pemangkin. Komitmen pelajar bukan hanya terbatas kepada panggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum.
 
Matlamat
Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai program ICT berjalan lancar. Program ICT semakin bertambah di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan
 
Objektif
 
Antara objektif penubuhan Briged Bestari:
- Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan aplikasi di sekolah
- Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah
- Melatih sekumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam bidang ICT.
- Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan Komunikasi ICT di kalangan pelajar untuk kegunaan positif
- Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya menyebarkan ilmu kepakaran Mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan lain di sekolah.
 
Fungsi
 
Antara fungsi penting Briged Bestari:
- Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi di sekolah.
- Membantu proses pengisian data dalam beberapa aplikasi di sekolah.
- Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknikal semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
- Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan perkakasan dan perisian.
- Membantu kerja-kerja penyenggaraan perkakasan ICT (Preventive Maintenance).
- Membantu menyebarkan maklumat terkini berkaitan Program Pembestarian Sekolah.
- Membantu memastikan program ICT di sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran -Malaysia berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan.
 
 
Aplikasi Yang Perlu Dikuasai Ahli-Ahli Briged Bestari.
Pelajar Briged Bestari perlu menguasai aplikasi berikut ;
- Emel
- Internet
- CD TLM(Stand-Alone)
- Kolaborasi – Think.com, Project-Based Learning (PBL)
- Pemprosesan perkataan (MS Word)
- Hamparan Elektonik (MS Excel)
- Aplikasi Persembahan (Power Point/Flash)
- Aplikasi Multimedia (Movie Maker/Video Cutter)
- Aplikasi Grafik (Adobe Photoshop)

Sekolah Bestari

Konsep Dan Matlamat
 
Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar – dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara.
 
Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.
 
Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat utnuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.
 
Pengubahsusian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. Di samping itu, ibubapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang aktif utnuk merealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan negara.
 
Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari.” Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ‘ flagship application ‘ dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia”
( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).
 
Pada tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian Smart School. A Conceptual Blueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas Bersama Industri Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat deskriptif daripada preskriptif.
 
Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart School Implementation Plan yang menyediakan pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menjadi Sekolah Bestari.Selain itu ,projek Sekolah Bestari menghasilkan
lima ‘Concept Requests For Proposals’ penyelesaian dalam bidang berikut:
  • Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
  •  Sistem Penilaian
  • Sistem Pengurusan Sekolah
  • Infrstruktur Teknologi
  • Integrasi Sistem
 
Kesemua ini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997.
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah.
 
Di Sekolah Bestari pembelajaran akan bercorak kearah kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia.
Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulum di Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. In menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak – kanak maju mengikut tahap pencapaian masing – masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan keperluan pelajar yang berbeza – beza. Kanak – kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk membentuk pelajar mencapai perkembangan yang seimbang.
 
Pelajar sebagai pembelajar aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu oleh teknologi serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam berbagai situasi. Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru. Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data. Pelajar akan dapat mencapai sumber tempatan, kebangsaan dan global. Penjaringan melalui internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru – guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia.
Dunia pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial ini. Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan mempertingkatkan segala potensi yang ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan dengan menggunakan daya fikir, pengetahuan, kemahiran dan teknologi pendidikan era ini dan cabaran masa hadapan memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah ke arah pencapaiannya. Penjaringan mempunyai kelebihan dari segi membolehkan pelajar yang tidak dapat menghadiri sekolah untuk membuat kerja sekolah dari rumah. Ini memberi makna baru kepada idea ketidakhadiran sekolah kerana pembelajaran masih dapat berlaku di luar sekolah. Oleh itu, pelajar perlu diajar strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan selektif. Usaha berpasukan, kerjasama kumpulan, fleksibiliti, pandangan jauh dan ketrampilan menggunakan bahasa antarabangsa akan juga ditekankan.
 
Sekolah Bestari Malaysia akan mengambil juga konsep inovatif kelas melangkau maya. Sistem sekarang memberi ketegangan kepada pelajar yang lemah dan menghalang kemajuan pelajar pintar. Dalam Sekolah Bestari, teknologi akan memberi fleksibiliti untuk membasmi ketegangan dalam pendidikan. Pelajar yang lebih cerdas akan dapat menyiapkan semua kerja kursus dan penilaian lebih awal daripada tempoh normal. Pelajar yang kurang berupaya akan melalui program asas mengikut kadar pembelajarannya, serta diberi bantuan khas oleh guru. Ini dapat berlaku kerana penubuhan sistem pengeluaran item penilaian yang berpusatkan dari dalam talian.
 
Sistem penilaian fleksibel ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk bekerja pada aras yang berlainan dalam matapelajaran yang sama, selain membenarkan pelajar terus ke aras yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila – bila masa. Dengan cara ini, pelajar kurang cerdas, yang biasanya diabaikan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Guru berperanan sebagai pembimbing di sisi. Guru memberi sokongan psikologi dan galakan. Guru akan bertanggubngjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari. Guru akan mengenalpasti matlamat mendefinisikan halatuju bagi pelajarnya, memandu kemajuan pelajar ke arah mencapai matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar mengikut kadar sendiri. Pelajar akan mendapat perhatian individu dari guru. Komputer akan mengambil alih rutin dan pemyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan.
 
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan di Sekolah Bestari. Antaranya ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat. memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensiklopedia elektronik; belajar dari courseware elektronik dan komunikasi elektronik. Interaksi pelajar dan guru sama ada dalam kumpulan kecil atau individu masih menjadi sebahagian daripada kursus pengajaran dan pembelajaran.
 
Dengan menumpukan kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan juga untuk menerap moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula data yang banyak. Ia memudahkan kerja memproses dan menyampaikan hasil yang berkaitan untuk pentadbir membuat keputusan. Ini akan membantu meningkatkan kecekapan, menghapuskan pertindihan dan secara radikal membaiki akses bagi semua yang berkenaan.
 
Dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir akan dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan berkesan. penjaringan akan memudahkan penglibatan ibubapa dan masyarakat dalam rancangan sekolah dan menjadikan mereka rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan anak mereka. Dengan adanya pangkalan data, maklumat tentang pelajar dan guru lebih mudah didapati oleh pihak yang sah. Keperluan kebajikan pelajar dan guru lebih mudah diambil kira dengan pemantauan yang kerap. Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang bila perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar.
 
Ciri Sekolah Bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan pembelajaran yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan menengah daripada seluruh dunia. Ini melibatkan pemantapan kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sah.
 
Kurikulum Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. Ia menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak – kanak maju mengikut tahap pencapaian masing – masing dan mengambilkira keupayaan,. minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak – kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk :
  • Membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang;
  • Menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang betul;
  • Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang dikehendaki bagi tahap keupayaan yang berbeza; menawarkan pembelajaran multi disiplinari,bertema dan berterusan:
  •  Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat:
  • Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat.
 
Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih menarik,menggalakkan,merangsangkan dan bermakna melibatkan minda,semangat dan tubuh badan dalam proses pembelajarn:membina asas kemahiran untuk menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi cabaran masa depan dan mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar.Pedagogi Sekolah Bestari bertujuan:
  • Menggunakan pelbagai strategi pembelajarn yang sesuai bagi memastikan penguasaan ketrampilan asas dan meningkatkan perkembangan holistik;
  • Mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran individu bagi meningkatkan prestasi;
  • Mewujudkan suasana bilik darjah yang bersesuaian dengan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.
Sistem penilaian Sekolah Bestari berbeza daripada sistem sedia ada untuk membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.Ia berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar.Guru,pelajar dan ibubapa dapat mengakses butiran penilaian melalui komputer.Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel dan mudah digunakan,di samping menjamin mutu maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan alat.Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan pencapaian komulatif pelajar,tetapi juga untuk peningkatan berterusan sepanjang hayat.
Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai.Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri.
 
Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan proses dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan pembelajarn.Pihak pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang mahir kepada aktiviti yang lebih bermakna,menjimatkan kos pada jangka panjang,meningkatkan mutu keputusan melalui akses yang lebih baik kepada maklumat dan mempercepatkan proses membuat keputusan.
 
Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan pentadbir profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan matlamat sekolah,memimpin pengajaran di sekolah,memimpin pengajaran di sekolah,dan mampu mendapatkan sokongan padu daripada ibubapa dan masyarakat.Mereka perlu mempereratkan komunikasi terbuka dengan semua pihak,mengagihkan sumber secara adil dan bijak,mengesan prestasi sekolah berbanding dengan objektif kewangan dan bukan kewangan,serta menyediakan suasana persekolahan yang menyokong pembelajaran.
 
Mereka perlu juga mewujudkan dan mengekalkan staf yang bermotivasi dan berprestasi tinggi,menjamin keselamatan sekolah dan penghuni,serta menggunakan dan mengurus teknologi dengan sesuai,berkesan dan cekap.Bagi mencapai objektif Sekolah Bestari proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu sistem .Sistem yang sempurna membolehkan bekalan input yang sesuai menghasilkan output yang dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran,atau penyertaan yang aktif dan produktif di kalangan tenaga kerja.Inisiatif Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk menilai semula sistem persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian terbaik dengan bantuan teknologi.

Makmal LMS

Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS).

Pihak MAMPU telah menjalankan Post Implementation Review (PIR) pada tahun 2007. Berdasarkan hasil dapatan dari PIR tersebut, MAMPU telah mencadangkan penambahbaikan ke atas sistem yang telah dirintiskan. Rentetan itu, pada tahun 2009, satu tender untuk menambahbaik LMS dan memperluaskan ke 50 buah sekolah telah dikeluarkan.

Objektif Menyediakan kemudahan e-learning kepada sekolah.Memudahkan capaian dan penggunaan bahan-bahan P&P KPM kepada sekolah.Menyokong hasrat kerajaan memperluaskan penggunaan Open Source Software(OSS) di kalangan agensi Kerajaan.

Skop Projek

  • 50 sekolah (rendah & menengah);
  • Penambahbaikan LMS sedia ada;
  • Pembekalan dan pemasangan LMS ;
  • Pembekalan dan pemasangan 20 PC, 1 server, 1 pencetak, dan 1 scanner;
  • Pembekalan dan pemasangan Content Server di Pusat Data KPM;
  • Pemindahan teknologi dan latihan;
  • Perkhidmatan Meja Bantuan LMS;
  • Waranti dan penyenggaraan.

Tempoh pelaksanaan projek ini (25 Mac 2009-24 Mac 2013):

  • Dua (2) tahun pelaksanaan
  • Dua (2) tahun penyenggaraan

Catatan:Terdapat berbagai sumber pembelajaran yang terdapat di dalam LMS. Ia meliputi kandungan kurikulum dari tahap prasekolah sehinggalah ke sekolah menengah. Topik-topik pembelajaran disampaikan atau dicapai melalui akses terus ke internet. Cara ini agak berbeza sebelum ini dimana guru perlu menggunakan CD Coursware yang dibekalkan ke setiap sekolah.

Pengajaran dan pembelajaran melalui LMS masih masih lagi memberi penekanan terhadap pendekatan penggunaan multimedia, dimana ia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Salah satu unsur yang penting di dalam P&P bersumberkan LMS ialah capaian internet.

Bilik Akses

Pengenalan

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep  ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi  membolehkan murid membuat pembelajaran  kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan  akses kendiri. Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuksokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah  khasnya murid mendapatkan maklumat dan  berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat. Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan  membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan  mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat. 
 
Matlamat 
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah 
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid 
  • Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid 
Objektif
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat. 
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan. 
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran
Pengurusan dan Pentadbiran
Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat  Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah:
Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Seolah
Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses
Sekolah Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan
Membuat perancangan kewangan berikut untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi memasukkan dalam AnggaranBelanja Mengurus (ABM)
Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan  pentadbiran Pusat Akses Sekolah  dikemukakan kepada pihak yang  berkenaan. 
  • ƒ Kos bahan habis guna 
  • ƒ Kos penyenggaraan peralatan 
  • ƒ Kos bekalan elektrik 
  • ƒ Kos penggantian alat 
Cadangan carta organisasi Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah
PENASIHAT : Pengetua / Guru Besar
PENGERUSI : Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1)
SETIAUSAHA : Guru Perpustakaan dan Media
AJK : Ketua-Ketua Bidang / Panitia /Pengawas Pusat Sumber/Pengawas Pusat Akses/Briged ICT (mengikut keperluan sekolah)
PENOLONG SETIAUSAHA :Guru Penyelaras ICT
  
Cadangan bidang tugas Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah: 
a) Penasihat
i) Menggubal dan melaksanakan dasar  penggunaan Pusat Akses Sekolah di  peringkat sekolah.
ii) Memastikan perancangan dan  pelaksanaan program/aktiviti  berjalan dengan lancar.
iii) Memantau pelaksanaan aktiviti  Pusat Akses Sekolah dari semasa  ke semasa.
 
b) Pengerusi
i) Merangka dan merancang  pelaksanaan aktiviti Pusat Akses  Sekolah sepanjang tahun.
ii) Memastikan dasar penggunaan  Pusat Akses Sekolah di peringkat  sekolah dipatuhi.
iii) Memastikan pelaksanaan aktiviti  Pusat Akses Sekolah berjalan  dengan lancar.
iv) Memantau penggunaan dan  keberkesanan Pusat Akses Sekolah.
v) Merancang atau mewujudkan  Jawatankuasa Kerja, jika perlu, bagi  tujuan melaksanakan program /aktiviti yang dirancangkan.
 
c) Setiausaha
Melaksanakan dasar penggunaan  Pusat Akses Sekolah di peringkat  sekolah.
Mengurus setiakan mesyuarat  Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah  secara berkala.
Menyediakan keperluan peruntukan  kewangan.
Menguruskan inventori dan pendaftaran harta modal Pusat  Akses Sekolah dan menyerahkan  kepada Unit ICT PPD/PPG (Pejabat Pelajaran Gabungan) dan sesalinan  kepada Unit Maklumat Jabatan  Pelajaran Negeri (JPN) untuk tujuan  penyenggaraan.
Merekod dan melaporkan sebarang  kerosakan peralatan dan rangkaian  kepada:
• Syarikat pembekal peralatan  (dalam tempoh jaminan)
• Jabatan Pelajaran Negeri  (selepas tempoh jaminan)
• Meja Bantuan GITN (1-300-88- 2888) bagi semua masalah  berkaitan talian SchoolNet
Menentukan waktu penggunaan  Pusat Akses Sekolah.
Memastikan Pusat Akses Sekolah  digunakan dengan berkesan. Mendapatkan khidmat bantu  penggunaan daripada Pusat Sumber  Pendidikan Negeri (PSPN) atau  Pusat Kegiatan Guru (PKG). Memastikan keselamatan fizikal,  sistem dan peralatan dan melatih Pengawas Pusat Sumber  Sekolah/Pengawas Pusat Akses/  Briged ICT, jika ada.
 
d) Penolong Setiausaha
i) Menyediakan jadual bertugas untuk  mengawasi penggunaan Pusat  Akses Sekolah.
ii) Menyediakan peraturan penggunaan  Pusat Akses Sekolah
iii) Memastikan penggunaan Pusat  Akses Sekolah direkodkan. Buku  log penggunaan dan pergerakan  kunci Pusat Akses Sekolah perlu  disediakan. Contoh maklumat bagi  buku log penggunaan adalah seperti  di Lampiran 2.
iv) Memastikan aktiviti Pusat Akses  Sekolah berjalan dengan lancar.
v) Memantau keberkesanan aktiviti  Pusat Akses Sekolah.
vi) Menyediakan laporan penggunaan  secara berkala.
vii) Melaporkan sebarang kerosakan  peralatan dan rangkaian kepada  Setiausaha untuk tindakan  selanjutnya.
 
e) Ahli Jawatankuasa
i) Melaksanakan program/aktiviti yang  telah dirancangkan.
ii) Memastikan semua peraturan  penggunaan dipatuhi.
iii) Memastikan peralatan dan rangkaian  sentiasa berada dalam keadaan  baik.
iv) Menyediakan maklumat laman web  atau portal pendidikan (URL) untuk  rujukan.
v) Kawal selia penggunaan dan  keceriaan Pusat Akses Sekolah.
vi) Membimbing dan melatih pengguna  Pusat Akses Sekolah.
 
f) Pengawas Pusat Sumber Sekolah/  Pengawas Pusat Akses/Briged ICT  
Memainkan peranan membantu  Jawatakuasa menguruskan Pusat Akses  Sekolah.
 
Susun Atur dan Peralatan
Ditempatkan di satu lokasi sahaja dan  bersesuaian dengan ruang yang terdapat di  sekolah. Keluasan minima bagi pusat akses  adalah 22.5 m2  (satu bay). Sila rujuk cadangan  susun atur seperti di Lampiran 1.
Sekolah akan menerima 10 buah komputer,  satu switch 24 port, satu pencetak, dan  perabot.
Peralatan tersebut dirangkaikan dengan  rangkaian setempat dan dihubungkan dengan  talian SchoolNet.
Perisian yang dibekalkan bersama dalam  setiap komputer ini termasuk Sistem  Pengoperasian Windows, Microsoft Office dan  anti-virus.
Switch hub dan router SchoolNet hendaklah  sentiada dalam keadaan baik bagi memastikan  capaian Internet tidak terganggu.
 
Waktu Operasi
Pusat Akses Sekolah beroperasi pada masa  seperti berikut:
• semasa waktu persekolahan
• selepas waktu persekolahan
Digalakkan beroperasi pada hujung minggu  dan cuti sekolah dengan syarat ada  pengawasan oleh Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah yang boleh menjamin keselamatan  peralatan dan boleh memantau penggunaan.
 
Pengguna
Keutamaan penggunaan diberikan kepada  murid.
Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru,  dan staf sokongan juga boleh menggunakan  kemudahan Pusat Akses Sekolah.
 
Cadangan Aktiviti
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
Mencari maklumat daripada Internet untuk  pembelajaran.
Mengakses sumber maklumat seperti  buku-buku, bahan bercetak atau bahan  digital yang berkaitan (e-Learning).
Menyediakan tugasan dan slaid  persembahan berkaitan dengan  pembelajaran.
Berkomunikasi dengan guru dan murid  lain melalui e-mel.
Berkolaborasi dengan murid lain.
 
Keselamatan
Pihak sekolah perlu mengambil berat aspekaspek keselamatan seperti kemudahan  infrastruktur, kemudahan fizikal, perkakasan, rangkaian, perisian dan aplikasi.
 
Keselamatan Bekalan Elektrik
Bekalan elektrik hendaklah 3 fasa dan  boleh menampung penggunaan  perkakasan.
Keupayaan minima bekalan elektrik dari  generator mestilah 30 kvA.
Kedudukan pendawaian dan punca kuasa  elektrik mesti memenuhi piawaian  Jabatan Kerja Raya (JKR).
 
Keselamatan Fizikal dan Perkakasan
Saiz ruang yang sesuai (22.5 m2) dan ke atas
Lokasi yang strategik dan selamat
Alat keselamatan yang perlu diberi perhatian:
a. Sistem penggera
b. Jeriji besi
c. Alat pemadam api
d. Sistem peredaran udara
e. Perangkap kilat
Peraturan dan garis panduan penggunaan mestilah disediakan dan dipaparkan di dalam Pusat Akses.
Pengawasan dan laporan keselamatan perlu dilakukan secara berkala.
Kawal selia kemudahan fizikal dan perkakasan secara berkala.
Buku log untuk merekod pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah.
Buku log untuk penggunaan Pusat Akses Sekolah. Contoh maklumat adalah seperti di Lampiran 2.
Setiap kunci, peralatan, network point dan kabel mesti dilabelkan.
 
Keselamatan Sistem Rangkaian
Susun atur mengikut spesifikasi dan piawaian pengkabelan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Semua komputer mesti dirangkaikan dan  boleh mengakses Internet.
Aras kebenaran pengguna (Access Right)  mesti dihadkan untuk mengelakkan  daripada membuat pengubahsuaian  konfigurasi komputer.
 
Keselamatan Perisian dan Aplikasi
Patches untuk sistem pengoperasian yang terkini.
Perisian anti-virus yang terkini.
Menggunakan perisian yang berlesen.
Manual instalasi mudah diperolehi.
 
Keselamatan Mengakses Internet
Mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun  2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis  Panduan Mengenai Tatacara  Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik  Di Agensi-Agensi Kerajaan (boleh dimuat  turun daripada http://www.mampu.gov.my /mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm)
 
Keselamatan Penyimpanan Bahan
Pengguna TIDAK DIBENARKAN  menyimpan bahan di cakera keras  komputer di Pusat Akses Sekolah.
Sentiasa menyelenggara ruang cakera  keras komputer (housekeeping) untuk  menjamin pengoperasian komputer  sentiasa ditahap optimum dan stabil.
 
Cadangan Peraturan
Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti  mematuhi peraturan bagi menjamin  keselamatan diri dan peralatan komputer.
Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah:
i) Dilarang membawa beg, makanan atau  minuman ke dalam Pusat Akses  Sekolah.
ii) Dilarang membawa masuk sebarang  cakera perisian milik persendirian  kecuali dengan kebenaran guru  bertugas.
iii) Dilarang membawa keluar sebarang  perkakasan atau perisian komputer  daripada Pusat Akses Sekolah.
iv) Dilarang sama sekali mengusik  sebarang pendawaian atau sambungan  kabel yang terdapat di belakang  komputer.
v) Dilarang memasukkan sebarang  perisian luar dan mengubah konfigurasi  komputer.
vi) Dilarang menyimpan semua hasil kerja  dalam cakera keras komputer.
vii) Pengguna hendaklah merekod  penggunaan komputer dalam buku log.

Makmal Komputer

LATAR BELAKANG MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan LKTP Chalok Barat adalah makmal komputer di bawah Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran di Sekolah Rendah dan Menengah Malaysia dan dengan kos menelan belanja lebih kurang RM120,000.00, ianya mengandungi 21 unit komputer, 1 unit server serta beberapa peralatan ICT dan perabut.









TV ONLINE



Siaran TV Online


 
TV3