Lawatan Rehat Minda ke Besut
Ahad, 16 Julai 2017
8.00 pagi
Aku dan kawan-kawanku pergi menaiki bas. Guru pengiring kami ialah cikgu Salimah, cikgu Ruzaiah, Cikgu Hassan, Cikgu Ropi dan Encik Zaini.
9.00 pagi
Selepas berada selama satu jam di dalam bas,akhirnya kami tiba di Boardwalk Setiu. Kami singgah di situ untuk menenangkan fikiran dan merehatkan minda kami. Kami merakam gambar dan video untuk dijadikan kenangan.
10.15 pagi
Aku dan kawan-kawan sampai di Sekolah Menengah Kebangsaan Imtiaz Besut. Sekolah itu sangat terkenal dengan reka bentuk seperti kubah-kubah masjid. Kami telah diajak masuk oleh pengetua di situ ke dalam dewan dan dewan kuliah. Kami melawat surau, perpustakaan, makmal komputer dan dewan makan yang terdapat di Sekolah Menengah Kebangsaan Imtiaz Besut.
2.00 petang
Kami semua pergi ke Pantai Bukit Keluang. Di situ, kami semua disuruh cikgu untuk menukar pakaian. Kami bermain permainan yang dirancang oleh Encik Zaini.
4.30 petang
Aku dan kawan-kawan singah ke Pusat Membeli-belah yang terletak di Kampung Anak Ikan. Kami membeli banyak barang seperti peralatan-peralatan sekolah dan sebagainya. Kami juga singah di Professor Cendol. Kedai itu agak terkenal.
5.00 petang
Aku sampai di sekolah dengan selamtnya. Aku berharap rehat minda yang aku pergi ini dapat menenangkan fikiranku untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).