Thursday 30 January 2014

Majlis Perarakan Sambutan Maulidurasul 1435H

Tarikh : 30.01.2013
Masa : 9.00 pagi
Hari : Khamis
Anjuran Bersama SKCB, PIBG & Pengurusan FELDA



BERGAYA…beberapa murid daripada pasukan rumah kuning Sekolah Kebangsaan Felda Chalok Barat, Setiu Terengganu begitu bersemangat dan bergaya ketika menyertai perarakan Sambutan Maulidurasul, di felda itu, hari ini.

Majlis anjuran sekolah itu dengan kerjasama PIBG sekolah dan Pengurusan Felda itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Dato’ Sabri Mohd Nor.

Menurut Jurucakap penganjur, Ahmad Abdullah, sambutan yang diadakan setiap tahun itu diadakan bagi memperingati kelahiran dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan mengeratkan hubungan silaturrahim warga sekolah, peneroka dan kakitangan Felda.


“Selain perarakan dan berselawat, pelbagai acara diadakan sempena sambutan maulid nabi kali ini, antaranya ialah ceramah maulidurasul, ucapan, persembahan Johan Selawat dan penyampaian hadiah.

“Hadiah disampaikan ialah untuk pemenang berselawat, azan, perbarisan, keceraian blok dan kecerian rumah yang disampaikan Dato' Sabri dan Pengurus Felda Chalok Barat,” katanya.

0 comments:

Post a Comment